9 Aug 2017

Full-Time EKSEKUTIF PENTADBIRAN

ZS ARMIN SDN BHD – Posted by zsarmin Anywhere

Salary range: ~RM2000

Job Description

Tugas dan Tanggungjawab

1. Memastikan segala dokumen syarikat direkod dan difailkan secara sistematik mengikut sistem fail. Antara dokumen-dokumen tersebut ialah :
• Surat tawaran kemudahan bank
• Perjanjian jual beli dan penyewaan aset syarikat
• Geran kenderaan (lori, kereta, motor) syarikat dan peribadi
• Insurans premis perniagaan
• Perjanjian penyewaan bangunan (IGLO, cold room, lot pasar)
• Pendaftaran dan pembaharuan lesen premis perniagaan/ PBT (pihak berkuasa tempatan) dan kenderaan syarikat
• Memorandum dan perjanjian syarikat ( Borang 9, 44, 49 dan sebagainya)
• Bil- bil utiliti syarikat ( air, elektrik, Unifi, telefon)
2. Label setiap fail dengan label yang telah ditetapkan mengikut sistem fail
3. Merekod dan menyimpan ID dan kata laluan termasuk email dan PC semua staff
4. Berurusan dengan pihak agensi kerajaan atau swasta berkaitan pekerja asing termasuk Pejabat Imigresen, Fomema, Myeg, agen permit dan yang berkaitan
5. Berurusan dalam hal pendaftaran dan pembaharuan lesen dan Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sebagainya
6. Berurusan dengan pihak kontraktor berkaitan pengubah suaian atau perubahan di premis perniagaan
7. Bertanggungjawab dalam hal penyelenggaraan dan keselamatan premis perniagaan termasuk pest control, alatan pejabat, mesin-mesin, TNB, Telekom, Unifi dan server syarikat
8. Memastikan premis perniagaan dalam keadaan yang baik, selamat dan bersih
9. Menyimpan kunci-kunci premis perniagaan termasuk bangunan yang disewa
10. Menguruskan pekerja yang ingin mendapatkan rawatan perubatan di klinik atau hospital
11. Membantu Unit Logistik dalam kes kemalangan atau tuntuan insurans dan yang berkaitan
12. Memantau pekerja bawahan dalam Unit Pentadbiran
13. Bersedia menerima arahan daripada penyelia atau pengurus dari semasa ke semasa mengikut keperluan
14. Menjaga kerahsiaan syarikat dan tidak boleh mendedahkan kepada pihak luar
15. Menyediakan laporan bulanan yang diperlukan atau diarahkan oleh pihak pengurusan

Kemahiran dan Spesifikasi

• Kemahiran asas komputer (Microsoft Word dan Excel)
• Kemahiran menulis dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
• Minat dalam bidang pengurusan
• Berketerampilan
• Amanah dan jujur

Pendidikan dan Kelayakan

• Lulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang pengurusan dan pentadbiran atau yang berkaitan
• Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun dalam bidang pengurusan dan pentadbiran

How to Apply

Email: hrad@zsarmin.com.my Contact No : 03-89576594

Job Categories: Admin. Job Types: Full-Time. Salaries: ~RM2000.

Endless.

19625 total views, 3 today

Apply for this Job