11 Apr 2022

Government Juru analisis sistem

Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia – Posted by miuulss Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia

Salary range: ~RM2000

Job Description

IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL MYSTEP
BAHAGIAN KHIDMAT PERUNDING, JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, JANM

1. Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi segera kekosongan seperti berikut :

JAWATAN : Pegawai Juruanalisis Sistem
PERKHIDMATAN : Perkhidmatan Professional
AGENSI : Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
KADAR : RM 2,000.00
TEMPOH KONTRAK : Mulai tarikh lapor diri hingga 31 Disember 2022
KEMUDAHAN : Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP, Caruman PERKESO
PENEMPATAN : Bahagian Khidmat Perunding, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Putrajaya

 

2. KETERANGAN TUGASAN:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya merancang, mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara, serta memantau sistem pemprosesan data dan menjalankan kajian ke atas perkara dan maklumat yang bersesuaian bagi kegunaan jabatan. Pegawai juga tertakluk kepada lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

 

3. SYARAT KELAYAKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Ijazah Sarjana Muda Komputer Sains/Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
d) Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
e) Kemahiran dan pengetahuan melaksanakan aktiviti dalam kitar hayat pembanggunan sistem;
f) Kemahiran dan pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan sistem;
g) Kemahiran dan pengetahuan dalam mereka bentuk, mencipta, dan menyelenggara pangkalan data;
h) Kemahiran dan pengetahuan dokumentasi teknikal pembangunan sistem;
i) Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri;
j) Bertanggungjawab, memiliki personaliti yang menarik dan berdisiplin; dan
k) Bersedia melaksanakan tugas di luar kawasan.

How to Apply

Sila muat naik borang JANM(K) 1/2008, resume (borang boleh di didapati di pautan https://drive.google.com/drive/folders/13JB3vKUKMMiRKbf2AOxZScpuXXWye2Mc?usp=sharing  ), gambar berukuran passport, salinan Kad Pengenalan, salinan Surat Beranak, salinan SPM, salinan sijil berhenti sekolah, salinan sijil vaksinasi, salinan sijil akedemik, salinan transkrip akedemik dan lain-lain sijil pencapaian yang berkaitan. (Semua dokumen disusun dalam satu folder dan di'zip'kan sebelum dimuat naik) di pautan https://tinyurl.com/2s4mc6k3 Hanya calon-calon yang layak, dan menghantar dokumen yang lengkap akan dipanggil untuk temuduga.

Job Categories: IT. Job Types: Government. Job Tags: Contract For Service (CFS). Salaries: ~RM2000.

Endless.

243 total views, 1 today

Apply for this Job