4 Jan 2022

Full-Time Office and finance executive

Kayangan Property Sdn Bhd – Posted by nurulkayangan Kota Bahru, Kelantan, Malaysia

Salary range: ~RM1500

Job Description

Skop Kerja :
1. Pembantu peribadi pengarah Syarikat seperti menguruskan panggilan telefon, surat menyurat dan menyelaras masa untuk mesyuarat serta menguruskan hal-hal tuntutan perbelanjaan peribadi dan lain-lain.
2. Menjawab panggilan telefon dan menyediakan surat-surat
3. Membantu dan melaksanakan fungsi HR seperti permohonan kerja, temuduga, perlantikan dan penamatan kerja serta menguruskan pelajar yang memohon untuk menjalani latihan praktikal.
4. Memantau kehadiran pekerja, pengiraan gaji serta menguruskan KWSP & Socso
5. Menguruskan permohonan cuti, klinik panel, tuntutan perjalanan dan lain-lain tuntutan perbelanjaan staf yang berkaitan
6. Menguruskan dokumen berkaitan dengan permohonan pinjaman perumahan LPPSA dan bank dan segala urusan berkaitan dengan pejabat kerajaan seperti JPPH, LPPSA, Pejabat Tanah, peguam, CIDB, AKSB, TNB dan lain-lain
7. Memantau inventori, dan penyelenggaraan alatan pejabat dan lain-lain asset termasuk kenderaan syarikat diselenggara mengikut tarikh yang sepatutnya dan memastikan cukai jalan dan insuran kenderaan syarikat diperbaharui mengikut tarikh luput
8. Membantu menyediakan dan mengemaskini SOP syarikat berdasarkan undang-undang dan garis panduan dari pihak berkuasa
9. Merekod dan memastikan dokumen syarikat tersusun dengan baik serta menguruskan pejabat supaya berada dalam keadaan kemas dan teratur
10. Menguruskan lain-lain tugas seperti yang diminta oleh pihak pengurusan.
11. Menguruskan kehadiran staf, bayaran gaji serta bayaran KWSP & Socso
12. Mengendalikan facebook & website syarikat
13. Membantu menyediakan SOP syarikat
14. Merekod dan memastikan dokumen syarikat tersusun dengan baik
15. Pembantu peribadi pengarah Syarikat.
16. Memastikan office dalam keadaan baik dan terurus
17. Menyediakan invois, menerima dan membayar wang, menyimpan rekod transaksi, mengeluarkan resit dan menunaikan cek.
18. Mencatatkan, memasukkan dalam rekod perakaunan dan simpanan kira dan Membuat pengiraan yang sewajarnya.

Syarat & Kelayakan :
1.  Menetap di sekitar Kota Bharu.
2. Mahir menggunakan komputer.
3. Keutamaaan akan diberikan kepada yang berstatus bujang.
4. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, bidang Perakaunan, bidang Kewangan, Pengurusan Pejabat, dan lain-lain bidang yang berkaitan.
5. Mempunyai lesen berserta kenderaan.
6. Mempunyai pengalaman bekerja pejabat adalah satu kelebihan.
7. Boleh berkomunikasi dengan baik.
8. Boleh mengurus dan menyiapkan kerja-kerja penting.
9. Bertanggungjawab ke atas semua urusan berkaitan office.
10. Kelulusan bidang kewangan.

 

 

How to Apply

Bagi yang berminat, sila email RESUME TERKINI yang lengkap dengan gambar passport & pengalaman bekerja ke hrkayanganproperty@gmail.com atau hubungi pejabat 09-7405022.

Job Categories: Admin. Job Types: Full-Time. Job Tags: 15200. Salaries: ~RM1500.

Endless.

782 total views, 1 today

Apply for this Job