Full-Time Perunding Pendidikan
Salary range: ~RM2000
Job Description
MAKLUMAT JAWATAN
================
Bahagian: Jabatan Jualan dan Pemasaran
Lokasi: Kampus Utama; Kolej Antarabangsa Newton, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur
Gaji : Gaji Asas + Komisyen + Bonus Tahunan (RM1200 -RM4500)
Elaun: Elaun Telefon serta Elaun Janjitemu
Durasi Hari Bekerja: 5½ hari
Peningkatan Kerjaya: Peluang Kenaikan Pangkat
DESKRIPSI KERJA
=============
• Memberi perkhidmatan rundingcara serta merekrut pelajar bagi program Asasi/Diploma/Ijazah
• Mempunyai pengetahuan produk yang sangat baik
• Mengemas kini dan menyusun data calon pelajar melalui sistem dalaman
• Membuat panggilan, menghantar e-mel atau sebarang pemberitahuan secara menggunakan aplikasi sosial media kepada calon pelajar untuk penyampaian maklumat tentang program dengan jelas dan berkesan serta memastikan kadar pendaftaran pelajar adalah tinggi dan mengikut kepada perancangan unit.
• Memastikan segala maklumat daripada calon pelajar diambil dan direkodkan.
• Membuat susulan semula bersama calon pelajar sehingga ke proses pendaftaran pelajar berlangsung dengan baik dan lancar.
• Menyelaras dan membantu dalam acara / aktiviti dalam mempromosikan Program Kursus serta mengikuti segala ketetapan yang telah diarahkan oleh ketua unit.
KELAYAKAN & KEPERLUAN
========================
• Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Diploma di dalam apa-apa bidang.
• Mahir berkomunikasi di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
• Graduan baru juga digalakkan untuk memohon
NOTA TAMBAHAN
==============
• Kelebihan untuk Calon yang mempunyai pengalaman dalam Latar Belakang Penjualan dan Pemasaran.
• Kelebihan Tambahan juga untuk Calon yang mempunyai kemahiran dalam FB ADS, Digital Marketing / E-Commerce
How to Apply
BUTIRAN PERMOHONAN ======================== • Untuk pertanyaan, sila hubungi: Puan Zuraini Bt Abdullah: 01170777331 • E-melkan CV / Resume anda ke: mdmzuraini@gmail.com464 total views, 3 today