16 Dec 2020

Full-Time Pembantu landskap dan nurseri

SALLOMA NURSERY & LANDSCAPE SDN BHD – Posted by Salloma Nursery Kuantan, Pahang, Malaysia

Salary range: ~RM1500

Job Description

LOKASI: BATU 5, KUANTAN DAN KAMPUNG SRI FAJAR, GAMBANG

Tugasan:
1. Mengambil bahagian secara aktif dalam perlaksanaan pelan projek seperti menggali, menanam dan membuat keputusan mengenai pembentukan landskap.
2. Membantu Pengurus Landskap dalam melakukan perancangan untuk projek-projek landskap dan memastikan projek disiapkan dalam waktu yang telah ditetapkan.
3. Melakukan penanaman pokok, rumput dan tumbuhan-tumbuhan lain di kawasan projek yang telah ditetapkan.
4. Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap di tapak projek yang telah ditetapkan.
5. Mengendalikan kenderaan dan peralatan berkuasa, seperti mesin pemotong rumput, gergaji rantai, mesin blower, gergaji pemangkas dan lain-lain.
6. Melakukan pembajaan tumbuhan mengikut standard dan kadar yang telah ditetapkan.
7. Membantu tugas-tugas tukang kebun, pembantu jualan dan juga melakukan kerja penyelengaraan dalam premis nurseri apabila tidak mempunyai tugas di luar.
8. Melakukan tugasan-tugasan sampingan apabila diarahkan oleh pihak atasan.

Syarat & Kelayakan:
1. Minimum SPM, Diploma atau Degree dalam bidang Landskap, Pertanian, Florikultur dan mana-mana yang berkaitan.
2. Mempunyai pengalaman dalam bidang arkitek landskap dan pertanian atau yang berkaitan adalah satu kelebihan.
3. Boleh bekerja di bawah tekanan, tahan lasak dan dapat menyiapkan kerja dalam waktu yang telah ditetapkan.

Kelebihan:
1. Caruman EPF & SOCSO
2. Cuti Tahunan
3. Cuti Sakit
4. Peluang kenaikan pangkat berdasarkan prestasi.

How to Apply

Kepada sesiapa yang berminat boleh menghantar resume di: hrsallomanursery@gmail.com atau hubungi 09-5368296

Job Categories: Architecture. Job Types: Full-Time. Salaries: ~RM1500.

Endless.

1691 total views, 1 today

Apply for this Job