7 Oct 2020

Full-Time Ketua Eksekutif

YNS EVENT MANAGEMENT SDN BHD – Posted by hazra92 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Salary range: ~RM5000

Job Description

Kelayakan :
a) Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
b) Ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
c) Ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Permohonan yang mempunyai pengalaman berkaitan akan diberi keutamaan

Bidang Tugas :
a) Mencari sumber pendapatan yang selari dengan jenis perniagaan syarikat supaya matlamat dan objektif syarikat tercapai.
b) Berinteraksi dengan penganjur tentang senarai jemputan dan aktiviti keseluruhan majlis.
c) Mengenalpasti jenis persembahan yang sesuai untuk setiap majlis.
d) Mengenalpasti keperluan-keperluan yang bersesuaian untuk aktiviti keseluruhan majlis.
e) Menetapkan matlamat prestasi dan memantau pelaksanaan rancangan korporat yang telah dipersetujui oleh Lembaga Pengarah.
f) Mengkaji, memantau dan meluluskan pembangunan pelan strategik dan hala tuju syarikat dengan peluang, ancaman dan risiko kepada syarikat.
g) Memantau pengurusan dan operasi harian syarikat.
h) Membangunkan dan melaksanakan rancangan jangka pendek dan jangka panjang syarikat.
i) Melulus, memantau dan mengkaji semula keberkesanan amalan tadbir urus dan menyediakan etika pengurusan.
j) Memastikan pengurusan yang baik dalam menjalankan tugas-tugas yang telah diberikan.
k) Merancang, menilai dan membuat keputusan dalam menentukan keupayaan sumber manusia.
l) Meneliti dan merancang bajet tahunan syarikat.
m) Memastikan kepatuhan kepada peraturan-peraturan syarikat.
n) Meneliti dan menyediakan laporan tahunan syarikat yang akan dibentangkan kepada lembaga syarikat.
o) Melaporkan KPI syarikat (petunjuk prestasi utama) dan mengubahsuai cadangan untuk menaikkan keupayaan syarikat.
p) Mewujudkan hubungan baik dengan penganjur majlis atau sesebuah organisasi supaya syarikat dikenali pihak luar.

How to Apply

Calon-calon yang berminat boleh menghantar surat permohonan, resume dengan menyatakan gaji minimum yang dipohon bersama-sama salinan sijil yang berkaitan berserta gambar berukuran passport kepada : YNS Event Management Sdn Bhd Tingkat 11 Bangunan Yayasan Negeri Sembilan Jalan Yam Tuan 70000 Seremban Negeri Sembilan Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Oktober 2020 (Rabu). Calon-calon yang tidak dihubungi selepas 2 minggu dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Job Categories: Executive. Job Types: Full-Time. Salaries: ~RM5000.

Endless.

916 total views, 1 today

Apply for this Job